Tuesday, 9 August 2016

Kisah 018

Nama dia AinaSyafika..Kitorang kenal since darjah 5 sebenarnya..Masa tu kawan lagi..Bila masuk darjah 6, Mula rasa gtai2 nk bercinta..Alahai cinta monyet jer pun..Kitorang pun couple la..

Form 2,kitorang mmg da serious nak bagi tahu family..Terlalu awal lagi bila pk balik..Tapi kitorang bagi tau jgk..Aku ni jenis x bg tau psal pmpuan kat family and bila first time bagi tahu alhamdulillah things going well as we planned..Family aku jumpa family dia..Dia skolah menengah harian jer masa tu tapi aku skolah sukan sbb main bola..Dia freehair,seksi since mula2 aku kenal dia..And start daripada aku kenal dia,aku try ubah dia slow2..elaun bola aku,aku belikan dia tudung..ala yg rm10 jer tp aku ckp la yg rm50..kasi semangat dia pakai..and dia pakai la semua tu..

Start form 2 aku ckp kalau nk jumpa aku dia kena pakai baju kurung tak kisah la nk g mall,tgk wyg,atau ape pun..And dia pun brubah..

Form 3, Family dia bagi tahu aku dia ada barah otak tahap 2..Mse tu dia da dlm treatment..Masa tu aku selalu bagi semangat kat dia..Crite ape plan aku utk masa depan bsama dia..And masa hari jadi dia ke 15 aku bagi dia 365 quote smangat yg aku lipat kecik2 letak dlm satu botol..so setiap hari dia blh cabut satu, smpai la next birthday dia..Dia mx discharge dari hospital utk bsama family dia Dan family aku termasuk aku masa cuti pertengahan tahun..kitorang pergi Cameron highland bsama, tapi masa tu dia lemah sgt2. Tapi blh lagi gelak2..

And lepas tu bulan 2 mse aku form 4,aku dpt mckk, aku msuk kejohanan olahraga..aku msuk acara lompat kijang n lompat jauh..Mse tu aku fokus jer utk event aku..alhamdulillah Johan and pergi kebangsaan wakil Perak..lepas jer habis event,mak dia call ckp aina da mninggal 3hari lepas..aina tak bagi tau aku sbb dia nk aku fokus utk game tu..And last aku otp dgn dia,ayat last sblum dia tdur "Kalau syg dah takde kat dunia ni, Syg nk abg tahu syg selalu ada di sisi abg"

And sejak tu,Aku just senyap..ramai girl aku ske tapi susah utk mula Dari awal smpai la skrng..Just blh anggap sbagai kawan..Kbnykkan perempuan yang aku couple LPs dia msti aku bandingkan dgn arwah. And stiap hbngn msti fail. Spm aku 7A and family aku ckp sbb dia aku tak dpt straight A..

Alhamdulillah skrng aku study medic and baru sem1 smbil main bola side income..Dia la semangat aku smpai skrng. aku slalu baca yasiin utk dia And aku selalu wssp dia,walaupun x berbalas tapi tu jer yg aku mampu buat utk happy..Aku tahu Allah lebih syg dia..

--------------
Sayang sekali, pengalaman cinta monyet. Mungkin jika disimpan untuk couple selepas nikah itu lebih terjamin hati adik ini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More