Ayah dan Ibuku berkahwin atas dasar suka sama suka dan bukannya pilihan
keluarga masing-masing,tetapi telah mendapat restu dari kedua belah
pihak.
Aku merupakan anak sulung dan aku mempunyai dua adik beradik yang lain
hasil dari perkahwinan ayah dan ibu,Menurut ibuku di awal perkahwinan
segalanya baik-baik saja sehinggalah aku di lahirkan.
Setelah aku selamat di lahirkan ibu,Ayahku mula berubah sikap,terutama
dalam soal tanggungjawabnya sebagai bapa dan ketua keluarga.
"Abang,susu anak kita sudah habis,abang boleh beli kan tak?"tanya ibu kepada ayah sewaktu di lihatnya susu untukku sudah habis.
"Menyusahkan sajalah,gaji kita tak seberapa,tak boleh kah awak ajar bagi
makan bubur ke,."rungut ayah ketika dia pulang dari kerja menurut kata
ibu.
"Tak baik abang berkata begitu,ini kan anak kita,tanggungjawab
kita,lagipun anak kita baru berusia 2 tahun,saya tak berani nak bagi
makan yang bukan-bukan,."balas ibu
"Tengoklah nanti,."jawapan yang cukup ringkas ayah berikan pada ibu
dengan wajah masam mencuka sambil berlalu pergi dari ruang tamu rumah.
sampai keesokkannya ayah langsung tidak membelikan susu buatku,ibu menjadi semakin risau dengan keadaan itu.
"Nora,maaf lah pagi-pagi datang rumah kau ni,aku nak pinjam sikit duit
boleh?kalau tak ada kau berikan sikit susu,laki aku dari semalam aku
minta dia beli susu sampai ni dia tak belikan"Ibu dengan tanpa segan dan
nekad telah pergi ke rumah jiran kami iaitu nora yang telah menjadi
jiran kami sejak ayah dan ibu berpindah ke sini.
"Boleh Mia,nasb baik abang karim kau ada bagi aku wang belanja,tak
mengapalah kau guna lah dulu ya,."jawab Nora dengan penuh kelembutan
"Terima kasih sangatlah nora,nanti aku minta wang pada laki aku gantikan
duit ini ya,terima kasih sangat,aku minta diri dululah,aku nak ke kedai
beli susu anak aku ni"ujar ibu sambil meminta diri setelah Nora memberi
kan sedikit wang untuk membeli susu ku.
malam itu setelah ayah pulang dari tempat kerja,.
"Abang,nanti abang kena gantikan wang nora jiran kita ya,saya terpaksa pinjam dulu untuk beli susu anak kita ni,."
"Yang awak suka-suka hati pinjam duit orang kenapa???nak malukan saya??"tiba -tiba-tiba saja ayah naik angin malam itu.
"Abang,saya dah beritahu abang susu anak kita dah habis,abang tak beli pun pagi ni abang terus pergi kerja",.jawab ibu,.
"Menyusahkan betul lah! ambil ni!!"nampaknya ayah benar memarahi
ibu,wangnya dari dompet di ambil dan di campakkan begitu saja di depan
ibu,berjurai airmata ibu ketika itu.
Rezeki Allah Awt,Ibu di kurniakan Anak Kembar sewaktu aku berusia 6
tahun,namun insan yang bergelar ayah itu langsung tidak gembira
menyambut kelahiran bayi barunya itu.
"Mana nak dapat duit banyak mia,sampai dua keluar,.awak bukan tak tahu
saya ni kerja kuli je"keluh ayah sewaktu ahli keluarga dan saudara mara
kami yang lain baru pulang dari melawat ibu di sebuah hospital kerajaan
untuk melahirkan adik kembarku.
"Abang,inikan rezeki kita yang Allah bagi,kenapa abang nak cakap
begitu?keluh ibu,remuk hatinya mendengar kata-kata ayah yang menyakitkan
"Awak cakap senang,yang tanggung siapa?yang keluar duit siapa?ayah membalas semula kata-kata ibu
Ibu hanya mendiamkan diri,malas di layan kata kata ayah,lagi di layan sakit hati yang dapat,.
Kini adik kembarku sudah pun berusia 5 tahun,manakala aku sudah masuk 10
tahun ketika itu,kehidupan kami seperti biasa tetapi ayah masih tak
berubah,tak hendak dia memanjakan kami apabila aku atau adik kembarku
mendekatinya umpama singa yang sedang lapar,maka sebab itulah kami tidak
berani mendekati ayah sendiri.
Sehinggalah aku berusia 17 tahun,yang mana aku sudah agak matang
sedikit,hingga sanggup meringankan beban ibu dek kerana ayah yang tidak
bertanggungjawab!
pulang dari sekolah,aku akan pergi bekerja di kedai makan mak nora jiran
serta kawan baik ibu ku,hari hari aku lakukan benda yang sama,jika
tidak sekolah,maka lebih awal aku pergi membantu mak nora,mak nora dan
suaminya sangat baik,terkadang apabila aku sudah mahu pulang dari kedai
mereka,ada saja yang di beri lauk untuk di bawa pulang,dapat jugalah ibu
serta adik beradikku makan yang enak-enak.
Ayah??jangan kan ayam,ikan pun jarang bawa pulang!Entah apa di fikiran
ayah aku pun tak tahu,.yang aku tahu dia bukan ambil berat lagi pada
kawan-kawannya,pernah satu ketika dia tidak pulang ke rumah dua hari
semata-mata mahu menjaga kawannya masuk hospital!jika ibu sakit atau
demam,dia buat tak tahu saja,untung ada aku dapat juga aku menjaga ibu
ketika ibu sakit.
Dugaan mendatang,Ayahku kahwin lagi!Hancur remuk hati ibu ketik
itu,keluarga yang ada pun tak terjaga ini kan pula mahu berkahwin lain.
Ibu redha dan pasrah saja dengan takdir ini,malah semakin ibu beralah
semakin ayah naik lemak!terkadang seminggu sekali saja ayah
pulang,selebih nya dia di rumah iteri mudanya itu.
"Abang,Naz dapat tawaran sambung belajar,kalau boleh abang bantulah apa
yang perlu,."ujar ibu sewaktu ayah berada di rumah,ketika itu aku telah
berjaya mendapat tawaran belajar ke kolej setelah cemerlang dalam SPM
yang lepas.
"Mana nak cari duit?sini nak duit,sana nak duit!lama lama aku ni
terkangkang mati di tengah-tengah!kalau dia nak belajar kolej suruh dia
cari kerja sambilan,aku memang tak mampu nak tolong apa-apa!"jawab
ayah,bukan setakat ibu,malah hatiku bagai di ketuk dengan penukul ketika
itu dengan kata-kata ayah!
"Awak ni kenapa??sejak anak-anak kita kecil sampai sekarang awak tak
pernah berubah!maafkan saya,buka saya nak derhaka tapi abang fikirlah
tanggungjawab abang pada keluarga kita,."nampaknya ibu semakin hilang
sabar tetapi ibu masih tidak meninggi kan suara kerana dia tahu,dia
seorang isteri.
"Tahu pun awak,habis awak lahir anak ramai-ramai kenapa?yang susahnya saya!balas ayah dengan nada yang cukup keras!
"Abang,untuk apa abang kahwin saya kalau abang tak oleh bertanggungjawab
sebagai suami dan ayah??"soal ibu,dia masih rasa tidak puas hati kerana
sikap ayah yang mempertikaikan kelahiran kami semua.
"Aku tak bertanggungjawab ya???baik,sekarang aku akan jadi tak
bertanggungjawab lagi selepas ini,aku lepas kan kau,...."tiba-tiba
perkataan itu terbit dari mulut ayah!ibu bagaikan tak percaya dengan
lafaz cerai yang di ungkapkan ayah sebentar tadi.
Dekat seminggu juga ibu termenung dan bermuram,kasihan ibu di perlakukan sebegitu oleh suaminya sendiri.
Akhirnya ibu mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dengan
membawa kami tiga beradik,di sana ada datuk dan nenekku yang sangat
penyayang dan mengambil berat.
Alhamdulillah,akhirnya aku dapat juga melanjutkan pelajaran ke
kolej,memandangkan ibu dan adik beradik ku telah selesa tinggal di
kampung lagipun ada datuk dan nenek maka aku tidak perlu risau,manakala
wang perbelanjaanku di kolej turut di bantu oleh datuk hasil dari
mengerjakan ladang 20 ekarnya itu dengan di bantu ibu,aku tekad untuk
belajar bersungguh sungguh agar aku dapat pekerjaan yang baik serta
dapat memberi kesenangan pada keluargaku kelak.
Tiga Tahun berlalu,Satu berita gembira yang ku terima,ibu memaklumkan
kepada ku yang dia akan berkahwin dengan Insan yang ku kenali iaitu
abang arif,beliau merupakan usahawan kecil di kampung kami,beliau
memang sangat baik,boleh dikatakan abang arif juga banyak membantuku
sepanjang belajar di kolej,kini aku sudah mulai bekerja di sebuah
syarikat swasta dengan gaji yang lumayan,pada mulanya aku mahu
menyambung ijazah tetapi abang arif yang memperknalkan kepada ku rakan
baiknya yang juga usahawan berjaya,maka di tawarkan aku bekerja,untung
aku ketika itu kerana mengambil jurusan perniagaan.
Entah bagaimana sewaktu aku keluar makan tengahari aku terlihat satu
susuk wajah yang amat aku kenali!malah tak senang aku nak makan ketika
itu di buatnya,aku perhatikan betul-betul,setelah di teliti tersentak
aku di buatnya apabila kua amati yang meminta sedekah itu adalah ayahku!
Apa sudah jadi?mengapa ayah dalam keadaan begini?di mana isteri barunya?persoalan demi persoalam bermain di fikiranku.
Tanpa berlengah lagi aku mendekati "Ayah" yang ketika itu kelihatan
tidak bermaya sambil di tangannya terdapat satu tin kosong yang di
pegangnya dari tadi.
"Ayah,...."sapa ku,.namun ayah hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil tertunduk
"kenapa ayah macam ni??soal ku lagi apabila sapaan pertama ku tadi tiada respon dari ayah.
"Mia mana mia,...mia,...........balik lah mia,......."tiba-tiba ayahku
menyebut nama ibuku,.dan aku merasakan sesuatu yang ganjil pada
ayah,ayah seakan sudah tidak siuman lagi.
"Ayah,ini saya ayah,anak ayah,...."ujarku tanpa segan silu di kaki lima
itu,walaupun ayah dulu memberiku layanan yang buruk kepada ku tetapi aku
tidak menyimpan dendam kepadanya.
Tak semena-mena ayah bangun dari kaki lima itu sambil menyebut-nyebut
nama ibuku,aku cuba mengejar ayah namun dek kerana keadaan lalu lintas
yang agak sibuk membuatkan aku sukar untuk mendapatkan ayah.
TIBA-TIBA,...
Jasad ayah terbaring di tengah jalan!sebuah motor yang laju walaupun
ketika itu jalan agak sesak telah melanggar ayah!Aku segera menghubungi
Ambulan untuk mendapatkan bantuan rawatan dari pihak hospital.
Ketika itu ayah dalam keadaan yang cukup lemah sementara darah tak henti-henti mengalir.
Takdir mengatasi segalanya,Umur ayah cuma setakat itu,ayah tidak dapat di selamatkan,.
Aku memberitahu pada ibu atas apa yang berlaku,ibu hanya berpesan kepada
kami tiga beradik,walau apa pun yang ayah pernah lakukan,maafkanlah dia
dan doakan untuknya.
Semasa bercuti dan mahu pulang ke kampung,aku sempat menziarahi mak nora
jiran kami yang sangat baik dengan kami dulu,dan di situ terbongkar
segala cerita tentang ayah.
Menurut Mak Nora,selepas ibu serta kami tiga beradik berpindah pulang ke
kampung halaman kami,ayah ada pulang membawa isteri barunya itu.
Namun isteri baru ayah kurang di senangi ramai kerana sikap yang pelik
dan sombong!semenjak ayah dan isteri barunya berpindah di situ,ada saja
pertengkaran yang kedengaran,sehinggalah suatu hari isteri barunya telah
lari dari rumah sewaktu ayah sedang bekerja.
Keadaan emosi ayah menjadi semakin tidak terkawal seminggu selepas itu
namun,yang peliknya ayah tidak langsung menyebut nama isteri
barunya,menurut mak nora ayah hanya menyebut nama Mia Ibu ku.
Sehingga lah ayah sudah tidk pulang pulang ke rumah itu,Rupanya ayah
sudah pun bergelandangan di Bandaraya Yang tidak jauh dari penempatan
kami ketika itu,Takdir jua yang mempertemukan aku dan ayah apabila
bekerja dengan rakan usahawan ayah tiriku,.
Sekarang kehidupan aku dan keluarga jauh lebih baik dari sebelumnya,jika
dulu aku sedikit pun tidak merasa kasih sayang seorang ayah,tetapi kini
walaupun aku dan adik beradikku hanya ada ayah tiri tetapi kasih sayang
kepada kami di curahkan umpama anak kandung,aku bersyukur kerana ibu
layak mendapat kasih sayang yang tulus ikhlas bersama suami barunya
itu.
Pengajaran
Apabila mahu berkahwin bukan sekadar berkahwin tetapi apakah sudah
sanggup untuk menggalas tanggung jawab yang besar untuk
keluarga?Berkahwin bukan barang mainan,dan berkahwin bukan sekadar untuk
nafsu tetapi tanggujawab untuk menjadi ketua keluarga dengan sempurna.


0 comments:
Post a Comment