Showing posts with label pengorbanan. Show all posts
Showing posts with label pengorbanan. Show all posts

Tuesday, 9 August 2016

Kisah 014

Cinta sejati seorang suami yang sabar dan setia

Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan menjaga isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak …….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang.lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.Sebelum ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian..

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga tengah hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuap isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, menukar pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia menjaga isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa cuma yang bongsu masih belajar di institusi tinggi.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah ibu bapa mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah berkahwin mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap menjaga ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup berhati2 anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali menjaga ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak menjaga ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………

“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan ayah menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila ayah akan menikmati masa tua ayah dengan berkorban seperti ini …..kami sudah tidak sampai hati melihat ayah begini… kami berjanji akan menjaga ibu dengan sebaik-baiknya secara bergilir2,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin ayah akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan ayah bahagia …. Apakah batin ayah dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan ayah yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dijaga oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak kedengaran tangisan anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun menjaga Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…

Disitulah pak suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar menjaga saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang comel dan baik-baik…

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .

Masih ada lagikah kasih sayang sejati dari seorang suami di zaman ini??

Monday, 8 August 2016

Kisah 013

Sewaktu Zuki dan Cinta di awal alam percintaan, Zuki  melipat 1000 burung kertas buat Cinta dan menggantungkannya di dalam bilik Cinta. Zuki mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.

Cinta dan Zuki berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.

Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Cinta mulai menjauhi Boy. Cinta memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.

Sewaktu Cinta mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Cinta memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”

Setelah Cinta pergi ke Perancis, Zuki bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Zuki melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.

Selang beberapa tahun…Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Zuki berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Cinta. Zuki masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Zuki dari keretanyanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Cinta !

Hati Zuki berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Zuki ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Zuki memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.

Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.

Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Zuki tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Zuki mengikuti orang tua Cinta. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Zuki melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Cinta yang dirinduinya.

Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.

Orang tua Cinta memandang Zuki lalu memberitahu, “Cinta tidak pergi ke Paris, Cinta diserang barah. Cinta telah pergi ke syurga. Cinta ingin Zuki menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Cinta terpaksa berbohong kepada Zuki dahulu. Cinta ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Zuki berusaha, pasti akan berjaya. Cinta turut mengatakan, jika suatu hari nanti Zuki datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Zuki membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “

Zuki lalu berlutut, berlutut di depan kubur Cinta, menangis semahu- mahunya dengan begitu sedih sekali.

Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Zuki teringat senyuman Cinta yang begitu manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.

Sewaktu orang tua Cinta melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Zuki sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.

Monday, 21 March 2016

Kisah 003

Ayah dan Ibuku berkahwin atas dasar suka sama suka dan bukannya pilihan keluarga masing-masing,tetapi telah mendapat restu dari kedua belah pihak.

Aku merupakan anak sulung dan aku mempunyai dua adik beradik yang lain hasil dari perkahwinan ayah dan ibu,Menurut ibuku di awal perkahwinan segalanya baik-baik saja sehinggalah aku di lahirkan.

Setelah aku selamat di lahirkan ibu,Ayahku mula berubah sikap,terutama dalam soal tanggungjawabnya sebagai bapa dan ketua keluarga.

"Abang,susu anak kita sudah habis,abang boleh beli kan tak?"tanya ibu kepada ayah sewaktu di lihatnya susu untukku sudah habis.

"Menyusahkan sajalah,gaji kita tak seberapa,tak boleh kah awak ajar bagi makan bubur ke,."rungut ayah ketika dia pulang dari kerja menurut kata ibu.

"Tak baik abang berkata begitu,ini kan anak kita,tanggungjawab kita,lagipun anak kita baru berusia 2 tahun,saya tak berani nak bagi makan yang bukan-bukan,."balas ibu


"Tengoklah nanti,."jawapan yang cukup ringkas ayah berikan pada ibu dengan wajah masam mencuka sambil berlalu pergi dari ruang tamu rumah.

sampai keesokkannya ayah langsung tidak membelikan susu buatku,ibu menjadi semakin risau dengan keadaan itu.

"Nora,maaf lah pagi-pagi datang rumah kau ni,aku nak pinjam sikit duit boleh?kalau tak ada kau berikan sikit susu,laki aku dari semalam aku minta dia beli susu sampai ni dia tak belikan"Ibu dengan tanpa segan dan nekad telah pergi ke rumah jiran kami iaitu nora yang telah menjadi jiran kami sejak ayah dan ibu berpindah ke sini.

"Boleh Mia,nasb baik abang karim kau ada bagi aku wang belanja,tak mengapalah kau guna lah dulu ya,."jawab Nora dengan penuh kelembutan

"Terima kasih sangatlah nora,nanti aku minta wang pada laki aku gantikan duit ini ya,terima kasih sangat,aku minta diri dululah,aku nak ke kedai beli susu anak aku ni"ujar ibu sambil meminta diri setelah Nora memberi kan sedikit wang untuk membeli susu ku.

malam itu setelah ayah pulang dari tempat kerja,.

"Abang,nanti abang kena gantikan wang nora jiran kita ya,saya terpaksa pinjam dulu untuk beli susu anak kita ni,."

"Yang awak suka-suka hati pinjam duit orang kenapa???nak malukan saya??"tiba -tiba-tiba saja ayah naik angin malam itu.

"Abang,saya dah beritahu abang susu anak kita dah habis,abang tak beli pun pagi ni abang terus  pergi kerja",.jawab ibu,.

"Menyusahkan betul lah! ambil ni!!"nampaknya ayah benar memarahi ibu,wangnya dari dompet di ambil dan di campakkan begitu saja di depan ibu,berjurai airmata ibu ketika itu.

Rezeki Allah Awt,Ibu di kurniakan Anak Kembar sewaktu aku berusia 6 tahun,namun insan yang bergelar ayah itu langsung tidak gembira menyambut kelahiran bayi barunya itu.

"Mana nak dapat duit banyak mia,sampai dua keluar,.awak bukan tak tahu saya ni kerja kuli je"keluh ayah sewaktu ahli keluarga dan saudara mara kami yang lain baru pulang dari melawat ibu di sebuah hospital kerajaan untuk melahirkan adik kembarku.

"Abang,inikan rezeki kita yang Allah bagi,kenapa abang nak cakap begitu?keluh ibu,remuk hatinya mendengar kata-kata ayah yang menyakitkan

"Awak cakap senang,yang tanggung siapa?yang keluar duit siapa?ayah membalas semula kata-kata ibu

Ibu hanya mendiamkan diri,malas di layan kata kata ayah,lagi di layan sakit hati yang dapat,.

Kini adik kembarku sudah pun berusia 5 tahun,manakala aku sudah masuk 10 tahun ketika itu,kehidupan kami seperti biasa tetapi ayah masih tak berubah,tak hendak dia memanjakan kami apabila aku atau adik kembarku mendekatinya umpama singa yang sedang lapar,maka sebab itulah kami tidak berani mendekati ayah sendiri.

Sehinggalah aku berusia 17 tahun,yang mana aku sudah agak matang sedikit,hingga sanggup meringankan beban ibu dek kerana ayah yang tidak bertanggungjawab!

pulang dari sekolah,aku akan pergi bekerja di kedai makan mak nora jiran serta kawan baik ibu ku,hari hari aku lakukan benda yang sama,jika tidak sekolah,maka lebih awal aku pergi membantu mak nora,mak nora dan suaminya sangat baik,terkadang apabila aku sudah mahu pulang dari kedai mereka,ada saja yang di beri lauk untuk di bawa pulang,dapat jugalah ibu serta adik beradikku makan yang enak-enak.

Ayah??jangan kan ayam,ikan pun jarang bawa pulang!Entah apa di fikiran ayah aku pun tak tahu,.yang aku tahu dia bukan ambil berat lagi pada kawan-kawannya,pernah satu ketika dia tidak pulang ke rumah dua hari semata-mata mahu menjaga kawannya masuk hospital!jika ibu sakit atau demam,dia buat tak tahu saja,untung ada aku dapat juga aku menjaga ibu ketika ibu sakit.

Dugaan mendatang,Ayahku kahwin lagi!Hancur remuk hati ibu ketik itu,keluarga yang ada pun tak terjaga ini kan pula mahu berkahwin lain.

Ibu redha dan pasrah saja dengan takdir ini,malah semakin ibu beralah semakin ayah naik lemak!terkadang seminggu sekali saja ayah pulang,selebih nya dia di rumah iteri mudanya itu.

"Abang,Naz dapat tawaran sambung belajar,kalau boleh abang bantulah apa yang perlu,."ujar ibu sewaktu ayah berada di rumah,ketika itu aku telah berjaya mendapat tawaran belajar ke kolej setelah cemerlang dalam SPM yang lepas.

"Mana nak cari duit?sini nak duit,sana nak duit!lama lama aku ni terkangkang mati di tengah-tengah!kalau dia nak belajar kolej suruh dia cari kerja sambilan,aku memang tak mampu nak tolong apa-apa!"jawab ayah,bukan setakat ibu,malah hatiku bagai di ketuk dengan penukul ketika itu dengan kata-kata ayah!

"Awak ni kenapa??sejak anak-anak kita kecil sampai sekarang awak tak pernah berubah!maafkan saya,buka saya nak derhaka tapi abang fikirlah tanggungjawab abang pada keluarga kita,."nampaknya ibu semakin hilang sabar tetapi ibu masih tidak meninggi kan suara kerana dia tahu,dia seorang isteri.

"Tahu pun awak,habis awak lahir anak ramai-ramai kenapa?yang susahnya saya!balas ayah dengan nada yang cukup keras!

"Abang,untuk apa abang kahwin saya kalau abang tak oleh bertanggungjawab sebagai suami dan ayah??"soal ibu,dia masih rasa tidak puas hati kerana sikap ayah yang mempertikaikan kelahiran kami semua.

"Aku tak bertanggungjawab ya???baik,sekarang aku akan jadi tak bertanggungjawab lagi selepas ini,aku lepas kan kau,...."tiba-tiba perkataan itu terbit dari mulut ayah!ibu bagaikan tak percaya dengan lafaz cerai yang di ungkapkan ayah sebentar tadi.

Dekat seminggu juga ibu termenung dan bermuram,kasihan ibu di perlakukan sebegitu oleh suaminya sendiri.

Akhirnya ibu mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dengan membawa kami tiga beradik,di sana ada datuk dan nenekku yang sangat penyayang dan mengambil berat.

Alhamdulillah,akhirnya aku dapat juga melanjutkan pelajaran ke kolej,memandangkan ibu dan adik beradik ku telah selesa tinggal di kampung lagipun ada datuk dan nenek maka aku tidak perlu risau,manakala wang perbelanjaanku di kolej turut di bantu oleh datuk hasil dari mengerjakan ladang 20 ekarnya itu dengan di bantu ibu,aku tekad untuk belajar bersungguh sungguh agar aku dapat pekerjaan yang baik serta dapat memberi kesenangan pada keluargaku kelak.

Tiga Tahun berlalu,Satu berita gembira yang ku terima,ibu memaklumkan kepada ku yang dia akan berkahwin dengan Insan yang ku kenali iaitu abang arif,beliau merupakan usahawan  kecil di kampung kami,beliau memang sangat baik,boleh dikatakan abang arif juga banyak membantuku sepanjang belajar di kolej,kini aku sudah mulai bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji yang lumayan,pada mulanya aku mahu menyambung ijazah tetapi abang arif yang memperknalkan kepada ku rakan baiknya yang juga usahawan berjaya,maka di tawarkan aku bekerja,untung aku ketika itu kerana mengambil jurusan perniagaan.

Entah bagaimana sewaktu aku keluar makan tengahari aku terlihat satu susuk wajah yang amat aku kenali!malah tak senang aku nak makan ketika itu di buatnya,aku perhatikan betul-betul,setelah di teliti tersentak aku di buatnya apabila kua amati yang meminta sedekah itu adalah ayahku!

Apa sudah jadi?mengapa ayah dalam keadaan begini?di mana isteri barunya?persoalan demi persoalam bermain di fikiranku.

Tanpa berlengah lagi aku mendekati "Ayah" yang ketika itu kelihatan tidak bermaya sambil di tangannya terdapat satu tin kosong yang di pegangnya dari tadi.

"Ayah,...."sapa ku,.namun ayah hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil tertunduk

"kenapa ayah macam ni??soal ku lagi apabila sapaan pertama ku tadi tiada respon dari ayah.

"Mia mana mia,...mia,...........balik lah mia,......."tiba-tiba ayahku menyebut nama ibuku,.dan aku merasakan sesuatu yang ganjil pada ayah,ayah seakan sudah tidak siuman lagi.

"Ayah,ini saya ayah,anak ayah,...."ujarku tanpa segan silu di kaki lima itu,walaupun ayah dulu memberiku layanan yang buruk kepada ku tetapi aku tidak menyimpan dendam kepadanya.

Tak semena-mena ayah bangun dari kaki lima itu sambil menyebut-nyebut nama ibuku,aku cuba mengejar ayah namun dek kerana keadaan lalu lintas yang agak sibuk membuatkan aku sukar untuk mendapatkan ayah.

TIBA-TIBA,...

Jasad ayah terbaring di tengah jalan!sebuah motor yang laju walaupun ketika itu jalan agak sesak telah melanggar ayah!Aku segera menghubungi Ambulan untuk mendapatkan bantuan rawatan dari pihak hospital.

Ketika itu ayah dalam keadaan yang cukup lemah sementara darah tak henti-henti mengalir.

Takdir mengatasi segalanya,Umur ayah cuma setakat itu,ayah tidak dapat di selamatkan,.

Aku memberitahu pada ibu atas apa yang berlaku,ibu hanya berpesan kepada kami tiga beradik,walau apa pun yang ayah pernah lakukan,maafkanlah dia dan doakan untuknya.

Semasa bercuti dan mahu pulang ke kampung,aku sempat menziarahi mak nora jiran kami yang sangat baik dengan kami dulu,dan di situ terbongkar segala cerita tentang ayah.

Menurut Mak Nora,selepas ibu serta kami tiga beradik berpindah pulang ke kampung halaman kami,ayah ada pulang membawa isteri barunya itu.

Namun isteri baru ayah kurang di senangi ramai kerana sikap yang pelik dan sombong!semenjak ayah dan isteri barunya berpindah di situ,ada saja pertengkaran yang kedengaran,sehinggalah suatu hari isteri barunya telah lari dari rumah sewaktu ayah sedang bekerja.

Keadaan emosi ayah menjadi semakin tidak terkawal seminggu selepas itu namun,yang peliknya ayah tidak langsung menyebut nama isteri barunya,menurut mak nora ayah hanya menyebut nama Mia Ibu ku.

Sehingga lah ayah sudah tidk pulang pulang ke rumah itu,Rupanya ayah sudah pun bergelandangan di Bandaraya Yang tidak jauh dari penempatan kami ketika itu,Takdir jua yang mempertemukan aku dan ayah apabila bekerja dengan rakan usahawan ayah tiriku,.

Sekarang kehidupan aku dan keluarga jauh lebih baik dari sebelumnya,jika dulu aku sedikit pun tidak merasa kasih sayang seorang ayah,tetapi kini walaupun aku dan adik beradikku hanya ada ayah tiri tetapi kasih sayang kepada kami di curahkan umpama anak kandung,aku bersyukur kerana ibu layak mendapat kasih sayang yang tulus ikhlas  bersama suami barunya itu.

Pengajaran
Apabila mahu berkahwin bukan sekadar berkahwin tetapi apakah sudah sanggup untuk menggalas tanggung jawab yang besar untuk keluarga?Berkahwin bukan barang mainan,dan berkahwin bukan sekadar untuk nafsu tetapi tanggujawab untuk menjadi ketua keluarga dengan sempurna.

Sunday, 20 March 2016

Kisah 002




Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..

Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. … … … …
 “kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??
kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??
kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??”

doktor tersebut tersenyum dan berkata :
“sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya..”

“bertenang kamu kata..?!
kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??
kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??
kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :
” saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci, drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali”.. 
doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..
Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu..”

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!” kata si ayah..
pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..

x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. ”
alhamdulillah..anak anda selamat..!” 
dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah dan bergegas keluar.
“kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!”
“kenapa doktor tu sombong sangat..?!
x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!
“komen si ayah selepas melihat jururawat..
jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
“anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya. 
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Pengajaran 
Jangan mudah menghukum seseorang itu kerana kita tidak tahu apa yang sebenar yang dialami oleh seseorang itu

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More