Sewaktu Zuki dan Cinta di awal alam percintaan, Zuki melipat 1000 burung kertas buat Cinta dan menggantungkannya di dalam bilik Cinta. Zuki mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.
Cinta dan Zuki berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.
Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Cinta mulai menjauhi Boy. Cinta memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.
Sewaktu Cinta mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Cinta memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”
Setelah Cinta pergi ke Perancis, Zuki bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Zuki melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.
Selang beberapa tahun…Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Zuki berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Cinta. Zuki masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.
Di suatu hari, waktu hujan turun, Zuki dari keretanyanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Cinta !
Hati Zuki berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Zuki ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Zuki memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.
Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.
Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Zuki tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Zuki mengikuti orang tua Cinta. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Zuki melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Cinta yang dirinduinya.
Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.
Orang tua Cinta memandang Zuki lalu memberitahu, “Cinta tidak pergi ke Paris, Cinta diserang barah. Cinta telah pergi ke syurga. Cinta ingin Zuki menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Cinta terpaksa berbohong kepada Zuki dahulu. Cinta ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Zuki berusaha, pasti akan berjaya. Cinta turut mengatakan, jika suatu hari nanti Zuki datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Zuki membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “
Zuki lalu berlutut, berlutut di depan kubur Cinta, menangis semahu- mahunya dengan begitu sedih sekali.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Zuki teringat senyuman Cinta yang begitu manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.
Sewaktu orang tua Cinta melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Zuki sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.


0 comments:
Post a Comment